Pusat beli-belah di Zaporizhzhia sekali lagi diserang peluru berpandu Rusia

Foto AFP

ZAPORIZHZHIA, 23 September – Anggota bomba Ukraine giat memadamkan kebakaran besar di pusat beli-belah Amstor di sini selepas lokasi berkenaan menjadi sasaran serangan tentera Rusia buat kali kedua dalam tempoh seminggu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gabenor Mykhailo Semikin mengesahkan dua lelaki cedera dan menerima rawatan perubatan.
  • Insiden berlaku menjelang pertemuan Presiden Zelenskyy dengan Presiden AS Donald Trump di Persidangan PBB New York.
  • Kiev mendakwa Moscow semakin agresif meningkatkan serangan terhadap infrastruktur awam dan premis perniagaan.
  • Serangan turut mensasarkan gudang, kemudahan pengangkutan serta tapak perindustrian menurut kenyataan Kiev.

Gabenor wilayah, Mykhailo Semikin menerusi hantaran di Telegram mengesahkan serangan udara itu menyebabkan dua lelaki cedera dan kini sedang menerima rawatan.

Insiden berkenaan berlaku menjelang pertemuan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York bagi membincangkan usaha menamatkan konflik.

Kiev mendakwa Moscow kini semakin agresif meningkatkan serangan terhadap infrastruktur awam, premis perniagaan, gudang, kemudahan pengangkutan serta tapak perindustrian.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.