
JAKARTA, 23 September – Angka kematian rasmi akibat kejadian kapal penumpang karam di Laut Jawa, Indonesia meningkat kepada 20 orang selepas pasukan penyelamat menemukan lebih banyak mayat susulan peluasan operasi pencarian dasar laut.
- Kapal Virgo Transport 8 karam akibat cuaca buruk pada 13 September, membawa 243 penumpang termasuk 30 anak kapal.
- Ketua Basarnas Mohammad Syafii mengesahkan statistik mangsa tragedi.
- Pengawal pantai dan tentera laut menemui lapan mayat dalam bangkai kapal dalam tiga hari lalu.
- Dua mayat terdampar di pesisir Kalimantan Tengah, kira-kira 253 km dari lokasi; 115 hilang dan 108 terselamat.
Virgo Transport 8 yang membawa 243 penumpang termasuk 30 anak kapal terbalik akibat cuaca buruk pada 13 September lalu ketika dalam pelayaran dari Surabaya, Jawa Timur menuju ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan.
Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Mohammad Syafii mengesahkan perkembangan terbaharu statistik mangsa tragedi berkenaan.
“Pengawal pantai dan tentera laut menemukan lapan mayat di dalam bangkai kapal dalam tempoh tiga hari lalu.
“Dua lagi mayat ditemui terdampar di pesisir pantai wilayah Kalimantan Tengah, kira-kira 253 kilometer dari lokasi kejadian,” jelasnya.
Setakat Rabu, seramai 115 orang masih hilang dengan 108 orang terselamat.
Pasukan penyelamat menjangkakan jumlah korban mungkin terus meningkat memandangkan usaha pencarian di bawah air masih giat dijalankan.- REUTERS