Banjir kilat: 23 disahkan maut di Nairobi

Operasi mencari dan menyelamat penduduk terjejas dipergiat. / REUTERS

NAIROBI, 8 Mac – Banjir kilat yang melanda ibu negara Kenya pada tengah malam Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 23 nyawa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan penyelamat dan tentera dikerahkan untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang; jumlah kematian dijangka meningkat selepas operasi dipergiat.
  • Puluhan kereta dihanyutkan arus, bekalan elektrik terputus, dan jalan raya, kedai serta infrastruktur lain mengalami kerosakan.
  • Gangguan di lapangan terbang utama; beberapa penerbangan dibatalkan dan dilencongkan. Jabatan Meteorologi menjangka hujan berterusan hingga malam Isnin.

Sebahagian daripada penduduk dilaporkan lemas manakala yang lain dipercayai maut akibat kabel elektrik yang rosak.

Ketika ini, pasukan penyelamat dan tentera dikerahkan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) penduduk yang hilang serta membantu mereka yang terperangkap di dalam rumah dan kenderaan.

Jumlah kematian dijangka meningkat selepas operasi dipergiat.

Menurut pihak berkuasa, puluhan kereta dihanyutkan arus sementara bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian ibu negara itu.

Jalan raya, kedai dan infrastruktur lain juga mengalami kerosakan.

Antara lokasi yang teruk terkesan, Groga Road dan kawasan perindustrian sekitarnya.

Bencana itu turut menyebabkan gangguan di lapangan terbang utama Nairobi.

Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan dan dilencongkan susulan cuaca buruk.

Jabatan Meteorologi Kenya menjangkakan hujan berterusan hingga malam Isnin.