“The Pocket Rocketman” rangkul emas keirin pada Piala Dunia di Australia

Datuk Mohd Azizulhasni Awang, The Pocket Rocketman

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih “berbisa” apabila berjaya merangkul pingat emas acara keirin pada Siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, pada Sabtu

RINGKASAN BERITA AI
  • Azizulhasni menewaskan pelumba Britain Matthew Richardson di garisan penamat dengan masa 9.862 saat; pingat gangsa diraih Leigh Hoffman.
  • Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tersingkir pada pusingan kedua acara pecut individu selepas tewas kepada juara Olimpik New Zealand, Ellesse Andrews.
  • Nur Alyssa Mohd. Farid juga tersingkir pusingan kedua selepas dikecewakan pelumba China Yuan Liying dalam acara pecut individu.

Pelumba yang diberi julukan “The Pocket Rocketman” itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pelumba Britain, Matthew Richardson di garisan penamat dengan catatan masa 9.862 saat (s), manakala manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah Leigh Hoffman.

Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa pelumba muda wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri apabila terkandas di pusingan kedua dalam acara pecut individu.

Nurul Izzah ditewaskan juara Olimpik dari New Zealand Ellesse Andrews.

Seorang lagi pelumba wanita negara Nur Alyssa Mohd. Farid pula dikecewakan pelumba China, Yuan Liying dalam acara sama di pusingan kedua. -BERNAMA