Letupan baharu gegar Dubai, Doha dan Manama susulan serangan Iran

FOTO AFP

DUBAI, 1 Mac – Beberapa letupan baharu kedengaran di bandar utama Teluk iaitu Dubai, Doha dan Manama pada Ahad pagi, sehari selepas Iran melancarkan serangan balas di rantau itu susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan kedengaran di Dubai, Doha dan Manama susulan serangan Iran, menimbulkan ketegangan serantau.
  • Siren kecemasan diaktifkan di beberapa kawasan sebagai tindak balas kepada letupan.
  • Serangan Iran sebelum itu mensasarkan ibu negara UAE termasuk pangkalan tentera dan infrastruktur utama.
  • Insiden lapangan terbang dilaporkan dan seorang individu disahkan maut dalam serangan.

Wartawan AFP melaporkan bunyi letupan kedengaran di Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Doha di Qatar serta Manama di Bahrain, dengan siren kecemasan turut diaktifkan di beberapa kawasan.

Letupan terbaharu itu berlaku selepas serangan maut Iran pada hari sebelumnya yang menyasarkan ibu negara UAE, Abu Dhabi, termasuk pangkalan tentera serta kemudahan infrastruktur utama di beberapa negara Teluk, kecuali Oman yang bertindak sebagai negara pengantara.

Kementerian Pertahanan UAE memaklumkan Iran melancarkan sebanyak 137 peluru berpandu dan 209 dron ke arah wilayah negara itu, menyebabkan kebakaran serta kepulan asap kelihatan berhampiran mercu tanda terkenal seperti Burj Al Arab dan Palm Jumeirah.

Lapangan terbang Dubai dan Abu Dhabi turut melaporkan beberapa insiden, dengan seorang individu disahkan maut, manakala lapangan terbang Kuwait juga dilaporkan terkena serangan.- AFP