Iran lancar gelombang baharu serangan ke atas Israel, pangkalan tentera AS

FOTO AFP

TEHRAN, 1 Mac – Iran melancarkan gelombang baharu serangan peluru berpandu dan dron pada Ahad yang menyasarkan Israel serta pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia Barat, menurut laporan televisyen rasmi negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran lancarkan gelombang baharu serangan peluru berpandu dan dron mensasarkan Israel serta pangkalan tentera AS di Asia Barat.
  • Serangan dikatakan tindak balas atas serangan sebelum ini yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
  • Serangan menyasarkan 27 pangkalan AS, ibu pejabat ketenteraan Israel dan kompleks pertahanan di Tel Aviv; kerosakan sebenar belum disahkan.

Media kerajaan menyatakan serangan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan besar-besaran sebelum ini yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut laporan itu, sebanyak 27 pangkalan tentera AS di rantau berkenaan menjadi antara sasaran utama, selain ibu pejabat ketenteraan Israel serta kompleks industri pertahanan di Tel Aviv.

Serangan terbaharu itu menandakan peningkatan ketara konflik di Asia Barat, ketika ketegangan antara Iran, AS dan Israel terus memuncak susulan siri serangan balas yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Setakat ini, tahap kerosakan serta jumlah korban akibat serangan berkenaan masih belum dapat disahkan secara bebas oleh pihak antarabangsa.- AFP