
DOHA, 21 Februari – Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, meneruskan rekod tanpa kalah musim 2026 apabila menewaskan juara bertahan Andrey Rublev 7-6(3), 6-4 untuk mara ke final Terbuka Qatar, pada Jumaat.
- Carlos Alcaraz menewaskan Andrey Rublev 7-6(3), 6-4 untuk mara ke final Terbuka Qatar.
- Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah Alcaraz musim 2026 dan merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut.
- Alcaraz akan bertemu Arthur Fils, yang menewaskan Jakub Mensik, dalam perlawanan akhir.
Kemenangan itu menyaksikan pemain Sepanyol tersebut melangkah ke final ke-12 dalam 13 kejohanan terakhir yang disertainya selain meraih kemenangan ke-11 berturut-turut musim ini.
Rublev bangkit daripada ketinggalan 3-0 dalam set kedua untuk menyamakan kedudukan dan menyelamatkan lima mata penamat, namun Alcaraz kekal tenang bagi memastikan kemenangan dalam dua set.

Alcaraz bakal berdepan pemain Perancis, Arthur Fils pada di final selepas Fils menundukkan pemain Republik Czech, Jakub Mensik 6-4, 7-6(4) dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Fils yang berusia 21 tahun melangkah ke final kelima dalam kariernya selepas mencatat kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung lebih 90 minit ke atas Mensik, pemain ranking ke-16 dunia. -REUTERS