Banjir Bangkok: Wisma Putra sahkan beberapa rakyat Malaysia terjejas

Bangkok mengisytiharkan bencana banjir di seluruh ibu negara itu selepas hujan lebat hampir 48 jam/Foto AFP

KUALA LUMPUR, 27 September – Kementerian Luar Negeri mengesahkan beberapa rakyat Malaysia terjejas akibat banjir meluas yang melanda Bangkok, Thailand.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedutaan Malaysia di Bangkok menyediakan sokongan konsular dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau perkembangan.
  • Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati, berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan pihak berkuasa tempatan.
  • Daftar e-Konsular dan hubungi Kedutaan melalui talian atau e-mel yang disediakan untuk bantuan konsular atau maklumat lanjut.

Kementerian itu memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia yang terjejas, selain berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan semasa.

“Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapat situasi susulan kejadian banjir yang meluas di Bangkok yang menjejaskan beberapa daerah serta laluan pengangkutan utama,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kementerian turut merakamkan rasa simpati kepada semua yang terjejas akibat bencana berkenaan.

“Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Bangkok dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, berwaspada dan mematuhi segala arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” tambah kenyataan itu.

Bangkok mengisytiharkan bencana banjir di seluruh ibu negara itu selepas hujan lebat hampir 48 jam/Foto AFP

Penumpang yang akan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi pula dinasihatkan memperuntukkan masa perjalanan tambahan dan tiba lebih awal sebelum waktu pelepasan penerbangan berikutan kemungkinan kelewatan di laluan menuju lapangan terbang.

Rakyat Malaysia turut digesa mendaftarkan keberadaan masing-masing melalui e-Konsular.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia lain yang mungkin berada di kawasan terjejas boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok menerusi talian +66 2 340 5720, +66 2 340 5731 atau +66 87 028 4659, atau e-mel mwbangkok@kln.gov.my.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.