Jerebu: Enam kawasan catat IPU tidak sihat setakat 11 pagi

Keadaan sekitar Johor Bahru yang diselubungi jerebu sehingga menjejaskan jarak penglihatan, pada 15 September lalu/ Foto fail/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 September – Enam kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat kawasan di Johor rekod bacaan tertinggi: Kota Tinggi 165, Pasir Gudang 164, Pengerang 162, Larkin 156.
  • Di Sarawak, IPD Serian 152 dan Sri Aman 127 merekodkan bacaan tidak sihat.
  • 54 kawasan pada tahap sederhana, lapan kawasan mencatatkan bacaan baik; kategori IPU: 0 hingga 50 baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu Kota Tinggi (165), Pasir Gudang (164), Pengerang (162) dan Larkin (156).

Sementara ittu, di Sarawak, IPD Serian merekodkan bacaan 152 dan Sri Aman 127.

Selain itu sebanyak 54 kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan mencatatkan bacaan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.