
KUALA LUMPUR, 27 September – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga pukul 1.00 tengah hari ini.
- Pahang terjejas: Bera, Rompin dan Bentong.
- Beberapa daerah Selangor terlibat termasuk Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Selangor.
- Amaran sama dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.
- Johor melibatkan Pontian, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat; Sarawak dan Sabah juga catat kawasan terjejas.
Menurut MetMalaysia cuaca tersebut dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Pahang iaitu Bera, Rompin dan Bentong, manakala di Selangor iaitu Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Selangor.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan seluruh negeri Sembilan serta Melaka.
Sementara itu, di Johor kawasan yang dijangka terlibat Pontian, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.
Di Sarawak, cuaca buruk di jangka berlaku di Kapit (Bukit Mabong, Kapit dan Song), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi), Limbang serta di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Membakut).