
SLIM RIVER, 27 September – Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera ringan selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan, Slim River, awal pagi tadi.
- JBPM Perak menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.08 tengah malam.
- Lima anggota balai bomba Slim River tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
- Pemandu berusia 29 tahun ditemui dalam kenderaan dan dikeluarkan menggunakan pengusung.
- Penumpang 22 tahun alami kecederaan ringan, diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.08 tengah malam.
Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River tiba di lokasi sembilan minit kemudian. Setibanya di lokasi, pemandu berusia 29 tahun ditemukan masih berada di dalam kenderaan.
“Mangsa dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.
“Penumpang berusia 22 tahun pula mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan. Dia diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans”, katanya menerusi satu kenyataan.
Mayat pemandu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.08 pagi