
LONDON, 16 Februari – Arsenal tidak berdepan masalah untuk menewaskan Wigan Athletic 4-0 pada pusingan keempat, Piala FA awal pagi Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- Arsenal menjaringkan empat gol semuanya dalam babak pertama untuk mengesahkan kemenangan mudah ke atas Wigan.
- Noni Madueke, Gabriel Martinelli, gol sendiri Jack Hunt dan Gabriel Jesus menjadikan jaringan berlaku cepat dan berturut-turut.
- Kedudukan 4-0 kekal hingga tamat perlawanan, menunjukkan dominasi Arsenal sepanjang perlawanan.
Kesemua jaringan berkenaan diraih pada babak pertama perlawanan yang bermula menerusi jaringan penyerang, Noni Madueke seawal minit ke-11.
The Gunners terus menggandakan asakan sehingga menghasilkan gol kedua selang lapan minit kemudian melalui pemain sayap, Gabriel Martinelli.
Gol ketiga pula diperoleh hasil jaringan sendiri pemain pertahanan, Jack Hunt pada minit ke-23 sebelum penyerang Gabriel Jesus meledakkan gol keempat pada minit ke-27.
Keputusan 4-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.