SPRM buka semula siasatan kes lama jika ada petunjuk baharu

Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA, 3 Februari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap mana-mana kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada kes sekiranya muncul petunjuk baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM boleh membuka semula siasatan lama jika muncul petunjuk atau bukti baharu.
  • Siasatan jenayah tidak tertakluk kepada had masa, membolehkan penyiasatan diteruskan bila perlu.
  • SPRM tidak akan siasat jabatan tanpa maklumat atau asas kukuh.
  • Penilaian sistem dalaman jabatan adalah tanggungjawab ketua jabatan sebelum dirujuk kepada SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu dibenarkan berikutan siasatan kes jenayah tidak tertakluk kepada had masa.

“Walaupun kes itu mungkin pada ketika dahulu mengatakan tidak ada kes. Tetapi sekiranya ada bukti-bukti baru atau tanda-tanda baru, SPRM akan menjalankan sesuatu.

“Banyak perkara telah dilihat yang mana banyak kes-kes terdahulu, sama ada suka atau tidak suka. kita meneruskan siasatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan SPRM di sini, hari ini.

Tan Sri Azam berkata, SPRM tidak akan menjalankan siasatan terhadap jabatan lain tanpa maklumat atau asas kukuh.

SPRM juga tidak bertanggungjawab menilai sistem dalaman setiap jabatan, sebaliknya perkara tersebut perlu diteliti sendiri ketua-ketua jabatan bagi mengenal pasti kelemahan sebelum dirujuk kepada agensi itu.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan