Hampir 200 orang sertai perarakan Thaipusam di Labuan

Penganut Hindu di Pantai Navy, Labuan sebelum memulakan perarakan sejauh 1.4 kilometer ke Kuil Thirumurugan pagi tadi

LABUAN, 1 Februari- Thaipusam disambut dalam suasana tenang dan sederhana di Labuan dengan penyertaan hampir 200 penganut Hindu yang menyertai perarakan sejauh 1.4 kilometer dari Pantai Navy ke Kuil Thirumurugan, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perarakan menampilkan kavadi dan belanga susu sebagai simbol nazar dan pengabdian kepada Dewa Thirumurugan.
  • Sambutan berlangsung dengan penuh penghayatan, tertib dan suasana tenang meskipun penyertaan kecil.
  • Perayaan mencerminkan keharmonian antara kaum dan sokongan masyarakat serta pihak berkuasa setempat.

Komuniti Hindu di pulau bebas cukai itu mewakili kira-kira satu peratus daripada jumlah penduduk Labuan yang melebihi 100,000 orang.

Tinjauan RTM mendapati para peserta hadir seawal pagi bagi menunaikan upacara sembahyang sebelum perarakan bermula.

Perarakan disertai penganut yang membawa kavadi dan belanga susu (paal kudam) sebagai simbol nazar dan pengabdian kepada Dewa Thirumurugan.

Walaupun jumlah penyertaan kecil, sambutan Thaipusam berlangsung dengan penuh penghayatan dan tertib.

Perayaan itu turut mencerminkan keharmonian hubungan antara kaum dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di pulau berkenaan.

Sambutan berlangsung lancar dan terkawal dengan kerjasama pihak berkuasa serta sokongan masyarakat setempat.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan