Tiga lelaki disyaki tokan dadah ditahan khayal di Felda Keratong

Antara dadah yang dirampas polis

MUADZAM SHAH, 20 Januari -Tiga lelaki dipercayai tokan dadah ditahan dalam keadaan khayal di sebuah rumah di Felda Keratong 7, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis turut menyiasat kawasan ladang kelapa sawit Felda Keratong 6 sebagai lokasi pengedaran dadah.
  • Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam, melibatkan dua lokasi berasingan.
  • Rampasan: 8.67 gram syabu dan 18.56 gram heroin dengan nilai dianggarkan sekitar RM2,000.

Polis turut mengesyaki suspek menjadikan kawasan ladang kelapa sawit Felda Keratong 6 sebagai lokasi pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, serbuan dilakukan hasil risikan serta maklumat daripada orang awam.

Menurut beliau, polis menyerbu dua lokasi berasingan melibatkan sebuah rumah dan kawasan ladang kelapa sawit.

“Hasil serbuan, polis merampas 8.67 gram dadah jenis syabu dan 18.56 gram heroin dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 40 hingga 41 tahun didapati tidak bekerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan