
CINCINNATI, 22 Ogos – Frances Tiafoe mara ke separuh akhir Terbuka Cincinnati selepas menewaskan pilihan ke-10, Lorenzo Musetti 7-6(2), 7-5 dalam aksi yang berlangsung lebih dua jam pada Jumaat.
- Tiafoe dan Nakashima akan bertemu di separuh akhir Cincinnati.
- Tiafoe tampil agresif dengan 18 pukulan kemenangan dan menamatkan perlawanan dengan servis yang tidak dikembalikan.
- Nakashima bangkit menewaskan Taylor Fritz, mara ke separuh akhir Masters 1000 kedua berturut-turut dan meraih kemenangan keempat musim ini ke atas pemain kelompok 10.
Kemenangan itu menyaksikan Tiafoe berdepan rakan senegara, Brandon Nakashima, di peringkat empat terbaik kejohanan ATP Masters 1000 berkenaan.
Tiafoe, yang tampil agresif sepanjang perlawanan, melepaskan 18 pukulan kemenangan sebelum menamatkan aksi dengan servis yang gagal dikembalikan Musetti.
Sementara itu, Nakashima menampilkan kebangkitan hebat untuk menewaskan pilihan keenam, Taylor Fritz 7-6(9), 4-6, 6-3.
Nakashima bangkit selepas ketinggalan 2-3 dalam set penentuan sebelum memenangi tiga perlawanan terakhir untuk mengesahkan kemenangan.
Kejayaan itu membolehkan pemain ranking ke-27 dunia tersebut mara ke separuh akhir kejohanan Masters 1000 buat kali kedua berturut-turut selepas turut melangkah ke kelompok empat terbaik di Montreal minggu lalu.
Nakashima kini mengumpul kemenangan keempat ke atas pemain kelompok 10 terbaik dunia musim ini.
Tiafoe pula memiliki rekod dominan 6-1 dalam pertemuan kerjaya menentang Nakashima, namun berdepan pemain yang sedang berada pada prestasi terbaik menjelang Terbuka AS yang bermula hujung bulan ini.-Reuters