Amerika-Kanada gagal capai perjanjian perdagangan, tarif 50% dikenakan

Kanada turut mengenakan tarif pada kadar sama terhadap barangan Amerika/Foto REUTERS

WASHINGTON, 22 Ogos – Amerika Syarikat (AS) dan Kanada gagal mencapai perjanjian perdagangan pada Jumaat, dengan Washington mengumumkan bakal mengenakan tarif 50 peratus terhadap sebahagian barangan import dari Kanada, sekali gus meningkatkan ketegangan antara dua sekutu lama itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tarif di bawah Seksyen 338 terhadap barangan Kanada bernilai kira-kira AS$20 bilion berkuat kuasa selepas tengah malam Sabtu.
  • Perdana Menteri Kanada Mark Carney memaklumkan rundingan perdagangan ditangguhkan dan Ottawa sedia mengenakan tarif sama terhadap barangan AS.
  • Carney menyifatkan perubahan terma yang dicadangkan AS sebagai tidak adil dan tidak ekonomik, menimbulkan keraguan terhadap perjanjian yang bakal dicapai.
  • Tarif baharu boleh menambah tekanan kepada industri berkaitan, menjejaskan pemulihan ekonomi Kanada dan mempengaruhi hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Sehubungan itu, tarif di bawah Seksyen 338 terhadap barangan Kanada bernilai kira-kira AS$20 bilion, akan berkuat kuasa selepas tengah malam Sabtu.

Perdana Menteri Kanada, Mark Carney memaklumkan rundingan perdagangan ditangguhkan, dengan Ottawa turut sedia mengenakan tarif pada kadar sama terhadap barangan AS.

Keputusan dibuat selepas rundingan tiga hari di Washington.

Menerusi kenyataan, Carney turut memaklumkan perubahan pada terma yang dicadangkan AS pada rundingan berkenaan disifatkan sebagai ‘tidak adil dan tidak ekonomik’ serta menimbulkan keraguan terhadap perjanjian yang bakal dicapai.

“Walaupun perjanjian baharu itu hanya melibatkan sebahagian kecil eksport Kanada, namun ianya bakal menambah tekanan kepada industri berkaitan yang sebelum ini telah berdepan tarif AS.

“Tarif baharu itu juga berpotensi menjejaskan pemulihan ekonomi Kanada serta mempengaruhi hubungan perdagangan kedua-dua negara,”katanya.

Tarif tersebut turut dikenakan tanpa mengira sama ada barangan Kanada layak menerima keutamaan di bawah Perjanjian Perdagangan Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA).

Perjanjian berkenaan sebelum ini melindungi sebahagian besar industri Kanada daripada tarif AS yang dikenakan sebelum ini.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.