
KYIV, 22 Ogos – Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya dua terkorban dalam serangan Rusia ke atas Ukraine pada Sabtu, sehari selepas serangan dron di pusat beli-belah yang mengorbankan 16 nyawa.
- Serangan dron di Kryvyi Rih sehari sebelumnya menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh, termasuk 16 mangsa di pusat beli-belah.
- Di Zaporizhzhia, serangan dron Rusia mengorbankan seorang dan mencederakan empat yang lain.
- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan; sembilan masih hilang termasuk dua kanak-kanak.
- PBB melaporkan peningkatan ketara angka kematian orang awam di Ukraine sepanjang tahun ini.
Menurut kenyataan Pentadbiran Tentera Bandaraya Kyiv di ‘X’, berdasarkan maklumat awal, seorang dilapor maut, manakala beberapa individu lain cedera dalam serangan berkenaan.
“Insiden berlaku di sebuah gudang di daerah Darnytskyi selepas amaran serangan peluru berpandu balistik dikeluarkan,”menurut hantaran berkenaan.
Sementara itu, di bandar selatan Zaporizhzhia pula, serangan dron Rusia mengorbankan seorang individu dan mencederakan empat yang lain,”menurut Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah, Ivan Fedorov.
Serangan terbaru itu sehari selepas sekurang-kurangnya 20 individu terbunuh termasuk 16 mangsa, dalam serangan dron yang menyasarkan sebuah pusat beli-belah di Kryvyi Rih.
Dalam pada itu, Gabenor Tentera Wilayah Oleksandr Ganzha memberitahu, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan sembilan individu masih hilang termasuk dua kanak-kanak.
Serangan berkenaan, telah mencederakan 130 individu termasuk 23 kanak-kanak.
Dalam laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan berlakunya peningkatan ketara angka kematian orang awam di Ukraine sepanjang tahun ini.-AFP