Washington dakwa Tehran belum sedia capai persetujuan rundingan

Washington berikrar kenakan sekatan kewangan paling keras dalam sejarah terhadap Iran/Foto REUTERS

WASHINGTON, 22 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa Iran masih belum bersedia mencapai persetujuan rundingan, ketika konflik antara Tehran serta pakatan AS-Israel menghampiri bulan keenam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Washington berikrar mengenakan sekatan kewangan paling keras dalam sejarah terhadap Iran.
  • Butiran sekatan dijangka diumumkan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent pada Isnin.
  • Rundingan damai antara Washington dan Tehran masih tertangguh tanpa petunjuk positif, dengan tekanan ekonomi dan ketenteraan meningkat.

Kenyataan Presiden Trump itu beberapa hari selepas Washington berikrar mengenakan sekatan kewangan paling keras dalam sejarah terhadap Iran, dengan matlamat meningkatkan tekanan ke atas kepimpinan negara berkenaan.

Butiran lanjut mengenai sekatan berkenaan dijangka diumumkan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Isnin ini.

Sebelum ini, Presiden Trump turut memberi amaran mana-mana negara yang menyediakan ‘bantuan’ kepada Iran bakal berdepan tekanan ekonomi daripada AS.

Beliau dalam pada itu mendakwa AS mempunyai kawalan penuh ke atas kawasan sekitar Selat Hormuz yang merupakan laluan perdagangan tenaga strategik di Asia Barat.

Setakat ini juga, rundingan damai antara Washington dan Tehran masih tertangguh dengan tiada sebarang petunjuk positif ketika tekanan ekonomi dan ketenteraan terus meningkat.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.