Lula desak Trump selesaikan pertikaian perdagangan Brazil-Amerika

Brazil harap rundingan dilaksana bagi mencapai persetujuan positif/Foto AFP

BRASILIA, 22 Ogos – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, mendesak rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan antara kedua-dua negara, ketika tarif yang dikenakan Washington terus menjadi isu utama menjelang pilihan raya presiden.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbualan telefon mesra antara kedua-dua pemimpin berlangsung selama 1 jam 20 minit.
  • Pejabat Presiden menyatakan tarif Washington tidak berasas dan memberi kesan negatif kepada kedua-dua negara.
  • Washington mengenakan tarif baharu pada Julai, menjadikan isu perdagangan penting dalam kempen pilihan raya.
  • Hubungan antara Trump dan Lula berubah-ubah, dengan ketegangan diplomatik meningkat menjelang pilihan raya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden menyebut, perbualan telefon kedua-dua pemimpin berlangsung mesra dalam tempoh sejam 20 minit pada Jumaat, dengan Presiden memaklumkan tarif yang dikenakan Washington adalah tidak berasas serta memberi kesan negatif terhadap kedua-dua negara.

Justeru, Brazil mengharapkan rundingan dapat dilaksana kedua-dua negara bagi mencapai persetujuan yang positif.

Washington pada Julai telah mengenakan tarif baharu terhadap, sekali gus menjadikan isu perdagangan antara kedua-dua negara semakin penting dalam kempen pilihan raya.

Presiden Lula, yang ingin mempertahankan jawatan bagi penggal keempat, turut menyatakan bahawa tarif berkenaan berupaya menjejaskan kepentingan Brazil dan AS.

Hubungan antara Trump dan Lula, yang sering berubah-ubah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, turut menyaksikan peningkatan ketegangan diplomatik ketika pilihan raya Brazil semakin hampir.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.