Lebih 9.3 tan dadah dilupuskan

Tindakan pelupusan langkah penting dalam mengekang kegiatan sindiket pengedaran dadah/Foto REUTERS

LIMA, 22 Ogos – Pelbagai jenis dadah membabitkan rampasan lebih 9.3 tan dilupuskan dalam satu operasi pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelupusan barang kes merupakan yang kelima dilaksanakan di Peru sepanjang tahun ini.
  • Antara barang kes: 4,519 kilogram ganja dan 3,465 kilogram kokain, serta pelbagai jenis dadah lain dirampas.
  • Timbalan Menteri Cesar Alberto Jordan Brignole menyifatkan pelupusan sebagai langkah penting mengekang sindiket; operasi dijalankan oleh sekumpulan pakar.

Pelupusan barang kes berkenaan merupakan yang kelima dilaksanakan di Peru, sepanjang tahun ini.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, keseluruhan barang kes berkenaan antaranya 4,519 kilogram ganja serta 3,465 kilogram kokain, selain pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam operasi membanteras pengedaran dadah.

“Tindakan pelupusan itu merupakan langkah penting dalam mengekang kegiatan sindiket, selain memberi ‘tekanan’ terhadap kegiatan pengedaran dadah di negara ini,”jelas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Cesar Alberto Jordan Brignole yang turut serta dalam operasi pelupusan berkenaan.

Rakaman turut menunjukkan operasi pelupusan berkenaan telah dijalankan sekumpulan pakar.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.