SETA-ISIS jalin kerjasama strategik, peranan badan pemikir diperkasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

ANKARA, 7 Disember– Badan pemikir Türkiye, Foundation for Political, Economic and Social Research (SETA) dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia bakal mewujudkan kerangka kerjasama strategik.

RINGKASAN BERITA AI
  • SETA dan ISIS Malaysia membentuk kerangka kerjasama strategik untuk memperkukuh hubungan institusi penyelidikan.
  • MoU akan memudahkan pertukaran berterusan antara pembuat dasar dan sarjana bagi mempertingkatkan penyelidikan dan cadangan dasar.
  • Kerjasama bertujuan menangani ketidaktentuan geopolitik dan cabaran ekonomi melalui perkongsian idea dan penyelidikan.

Jalinan itu menekankan peranan penting institusi penyelidikan dalam membentuk kefahaman, dasar serta hala tuju kerjasama melangkaui hubungan diplomatik tradisional.

Usaha tersebut bakal dizahirkan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pertukaran berterusan antara pembuat dasar dan sarjana.

“Ia adalah salah satu penyelidikan yang terbaik dan merupakan yayasan antarabangsa yang telah memberikan sumbangan besar dalam memahami bukan sahaja rakyat Turkiye, malah seluruh rantau.”

“Oleh itu, saya amat menyokong dan berbesar hati kerana hubungan rasmi kini telah terjalin dengan badan pemikir strategik penting Malaysia, ISIS,” kata Datuk Seri Anwar, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Syarahan Umum bertajuk Power Shift : Strategic Choices for Malaysia and Turkiye, di sini.

Tambahnya, kerjasama antara badan pemikir kedua-dua negara itu akan memperkukuh perkongsian idea, penyelidikan dan cadangan dasar, khususnya dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik global serta cabaran ekonomi semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.