Udara tercemar: Penduduk Lahore dinasihat ambil langkah perlindungan

LAHORE, 29 Oktober – Pakar kesihatan menasihati orang awam di sini untuk mengambil langkah perlindungan segera susulan lapisan asap tebal yang tercemar menyelubungi bandar kedua terbesar Pakistan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Orang awam dinasihat ambil langkah perlindungan segera kerana lapisan asap tebal tercemar menyelubungi bandar.
  • Kemasukan pesakit ke hospital meningkat, terutamanya kanak-kanak dan warga emas mengalami masalah pernafasan.
  • Pakai pelitup muka, cermin mata pelindung jika ada alahan atau masalah mata, dan elakkan keluar rumah jika tidak perlu.
  • Minum banyak air untuk kekal terhidrat; punca pencemaran termasuk sumber tempatan dan bahan pencemar dari luar sempadan.

Indeks Kualiti Udara (AQI) yang direkodkan pada Rabu mencapai tahap berbahaya, iaitu paras 435 pada pukul 8 pagi waktu tempatan.

Ini menjadikan Lahore sebagai salah satu bandar paling tercemar di dunia.

Krisis ini telah menyebabkan peningkatan kemasukan pesakit ke hospital.

Pegawai perubatan melaporkan terdapat aliran masuk pesakit yang ketara terutamanya kanak-kanak dan warga emas dengan mengalami masalah pernafasan, jangkitan mata, dan keradangan tekak.

“Elakkan keluar rumah jika tidak perlu. Jika anda mempunyai alahan atau masalah mata, pakai cermin mata pelindung.

“Gunakan pelitup muka dan pastikan tubuh kekal terhidrat dengan meminum banyak air,” nasihat Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit Hospital Jinnah, Dr. Kashif Bashir.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa peningkatan tahap udara toksik kali ini disebabkan oleh pencemaran tempatan serta bahan pencemar yang dibawa dari seberang sempadan. – REUTERS