Pelaksanaan cukai karbon masih diperhalusi

Pelaksanaannya menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan mengurangkan pelepasan karbon

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Cadangan pelaksanaan cukai karbon masih diperhalusi dengan mengambil kira kesiapsiagaan industri serta kerangka dasar itu sedang dibangunkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cukai karbon bertujuan galakkan penggunaan teknologi hijau dan kurangkan pelepasan karbon.
  • Tempoh pelaksanaan akan ditetapkan supaya membantu industri beralih kepada teknologi hijau.
  • Mekanisme penggunaan hasil cukai sedang diteliti, termasuk penyaluran kepada projek adaptasi iklim.
  • Cadangan saluran hasil termasuk pemuliharaan hutan dan pengurusan tanah mampan; sektor sawit tidak dikecualikan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata pelaksanaannya bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi hijau juga mengurangkan pelepasan karbon.

“Cukai karbon akan diteliti berdasarkan tempoh pelaksanaannya. Kita akan tentukan masa, tetapi pelaksanaannya akan dilaksana bagi membantu industri membuat perubahan ke arah teknologi hijau,”katanya selepas merasmikan Persidangan Karbon Sawit Malaysia (MPC) 2026.

Beliau turut memaklumkan mekanisme penggunaan hasil cukai karbon sedang diteliti dengan antara cadangan dipertimbang termasuk menyalurkan hasil kepada projek adaptasi iklim, pemuliharaan hutan serta pengurusan tanah secara mampan.

“Pendekatan berkenaan penting agar hasil yang dikutip dapat dimanfaatkan semula untuk menyokong agenda kelestarian dan meningkatkan daya tahan negara kepada perubahan iklim.

“Kita tidak mahu sektor sawit dikecualikan dalam agenda perubahan iklim dan sebab itu kita mengalu-alukan agenda seperti ini memandangkan 900,000 hektar ladang sawit di seluruh negara di bawah Felda,”jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.