fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel 2022: Aniq julang emas pertama buat Malaysia

(Aniq raih pingat emas pertama buat negara bagi acara angkat berat 55kg lelaki/FOTO REUTERS)

BIRMINGHAM, 30 Julai - Kontinjen Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk merangkul emas pertama di sukan Komanwel Birmingham 2022.

Mohamad Aniq Kasdan memastikan kem angkat berat negara mampu tersenyum apabila meraih pingat emas di National Exhibition Center (NEC) siang tadi.

Ia merupakan pingat pertama yang dimenangi kontinjen negara pada temasya dwitahunan ini yang membuka tirainya secara rasmi pada 28 Julai lalu.

Pada saingan kategori 55 kg itu, Aniq berjaya mengumpulkan angkatan keseluruhan sebanyak 249 kg keseluruhan.

Bagi disiplin snatch, Aniq melakukan angkatan 107kg bagi percubaan pertama, namun gagal bagi angkatan kedua dan ketiga membabitkan berat 111kg.

(Meraikan pemenang di atas podium pingat emas Mohamad Aniq Kasdan, pemenang pingat perak (India) Sanket Mahadev Sargar
dan pemenang pingat gangsa (Sri Lanka) Dilanka Isuru Kumara Yodage /FOTO REUTERS)

Dalam disiplin clean & jerk pula Aniq berjaya melakukan angkatan terbaik 142kg untuk memastikan emas dalam genggaman dengan rekod baharu temasya.

Pingat Perak bagi kategori 55kg ini dimenangi atlet India, Sargar Sanket Mahadev manakala pingat gangsa milik wakil Sri Lanka, Yodage DIK.

Media Baharu