Manifesto PH Negeri Sembilan perluas manfaat kepada M40

Foto BERNAMA

SENAWANG, 23 Julai – Golongan M40 bakal menerima manfaat menerusi beberapa inisiatif baharu yang akan diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sekiranya diberi mandat mentadbir negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • PH Negeri Sembilan memberi perhatian kepada M40 sebagai penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi negeri.
  • Menjamin kesejahteraan rakyat dinikmati menyeluruh tanpa mengira latar belakang supaya manfaat pembangunan dirasai semua lapisan masyarakat.
  • Melaksanakan tuisyen percuma untuk pelajar keluarga B40 dan M40 agar membantu tanggungan keluarga dan memperluas peluang pendidikan.
  • Meneruskan dasar penukaran status tanah kediaman daripada pajakan kepada pegangan bebas mengikut dasar dan syarat ditetapkan.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, golongan M40 turut diberi perhatian kerana merupakan antara penyumbang penting kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau berkata, kesejahteraan rakyat perlu dinikmati secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai semua lapisan masyarakat.

Katanya, antara inisiatif yang dirancang ialah pelaksanaan program tuisyen percuma kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40.

“Kita ada banyak inisiatif. Kalau dahulu kita hanya memberi tumpuan kepada B40, pada PRN kali ini kita membuka peluang kepada golongan M40 menerima manfaat yang sama. Mereka juga mempunyai banyak tanggungan dan memerlukan perhatian. Saya yakin apabila kita membuka sedikit ruang ini, manfaatnya akan dirasai oleh lebih ramai rakyat di seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Kekal HARAPAN Negeri Sembilan di Senawang.

Sementara itu, Datuk Seri Aminuddin juga berkata, kerajaan PH Negeri Sembilan akan meneruskan dasar penukaran status tanah kediaman daripada pajakan kepada pegangan bebas mengikut dasar dan syarat yang ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.