Malaysia bimbang ancaman Houthi sekat Selat Bab el-Mandeb

Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap ancaman Houthi ke atas Selat Bab el-Mandeb yang boleh menjejaskan perdagangan dan keselamatan maritim global.

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap ancaman terbaharu pihak Houthi untuk menyekat dan menutup laluan strategik Selat Bab el-Mandeb.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Luar menggesa pertahankan kebebasan pelayaran dan keselamatan laluan perdagangan mengikut undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS.
  • Wisma Putra menyeru semua pihak mengelak tindakan provokatif yang boleh memburukkan ketegangan di Asia Barat.
  • Wisma Putra menasihatkan kapal Malaysia berwaspada dan mematuhi nasihat keselamatan maritim terkini kerana gangguan menjejaskan perdagangan, rantaian bekalan dan tenaga.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan, Malaysia menggesa semua pihak mempertahankan kebebasan pelayaran serta memastikan keselamatan laluan perdagangan maritim mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).

Menurut Wisma Putra, semua pihak juga perlu mengelakkan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi ketegangan di Asia Barat.

Selat Bab el-Mandeb merupakan laluan perdagangan penting yang menghubungkan Asia dan Eropah.

Sebarang gangguan di laluan itu bukan sahaja menjejaskan perdagangan antarabangsa, malah memberi kesan kepada rantaian bekalan global, keselamatan tenaga dan ekonomi dunia.

Wisma Putra turut menasihatkan semua kapal Malaysia serta pengendali perkapalan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi nasihat keselamatan maritim terkini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.