Iran beri amaran kepada AS, serangan akan dibalas setimpal

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi

TEHRAN, 23 Julai – Iran memberi amaran akan bertindak balas terhadap sebarang serangan ke atas infrastruktur negara itu susulan ancaman Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang kemudahan strategiknya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Luar Abbas Araghchi: doktrin pertahanan Iran ialah "mata dibalas dengan mata".
  • Setiap pencerobohan terhadap infrastruktur akan dibalas dengan tindakan tegas dan berkuasa.
  • Pihak tentera dan penyiar rasmi beri amaran ancaman AS berisiko meluaskan konflik, termasuk ancaman sasar jambatan dan loji jana kuasa.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, doktrin pertahanan negaranya jelas, iaitu setiap serangan akan dibalas setimpal.

“Doktrin pertahanan kami jelas, mata dibalas dengan mata. Sebarang pencerobohan terhadap Iran, termasuk ke atas infrastruktur kami, akan dibalas dengan tindakan tegas dan berkuasa,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Sementara itu, penyiar rasmi Iran memetik kenyataan pihak tentera sebagai berkata, ancaman AS hanya akan memperluaskan lagi konflik di rantau itu.

Kenyataan itu dibuat selepas Washington mengancam untuk menyerang jambatan atau loji jana kuasa Iran bagi setiap kapal yang menjadi sasaran di Selat Hormuz.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.