Kanada batal majlis perasmian Jambatan Gordie Howe bersama AS

Foto AFP

MONTREAL, 23 Julai – Kanada membatalkan majlis perasmian bersama Amerika Syarikat (AS) bagi pembukaan Jambatan Antarabangsa Gordie Howe susulan ancaman tarif baharu yang diumumkan Washington.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Perumahan dan Infrastruktur Gregor Robertson: majlis bersama tidak sesuai diteruskan kerana tindakan perdagangan AS.
  • Kanada akan mengadakan majlis perasmian sendiri pada 24 Julai.
  • Jambatan 2.5 kilometer dibiayai sepenuhnya oleh Kanada menjadi simbol ketegangan perdagangan.
  • Perdana Menteri Mark Carney berkata kerajaan sedia meneliti semua pilihan sebagai tindak balas terhadap ancaman tarif baharu AS.

Menteri Perumahan dan Infrastruktur Kanada, Gregor Robertson berkata, majlis berkenaan tidak sesuai diteruskan berikutan tindakan perdagangan yang diumumkan AS awal minggu ini.

Sebaliknya, Kanada akan mengadakan majlis perasmiannya sendiri pada 24 Julai, manakala jambatan yang menghubungkan wilayah Ontario dengan negeri Michigan itu dijadual dibuka kepada lalu lintas pada 27 Julai.

Jambatan sepanjang 2.5 kilometer yang dibiayai sepenuhnya oleh Kanada itu menjadi antara simbol ketegangan hubungan perdagangan kedua-dua negara sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney berkata, kerajaannya bersedia meneliti semua pilihan sebagai tindak balas terhadap ancaman tarif baharu AS.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.