AS, Arab Saudi meterai perjanjian program nuklear awam

AS, Arab Saudi capai persetujuan program nuklear awam.

WASHINGTON, 23 Julai – Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi memeterai perjanjian bagi membangunkan program nuklear awam di negara Teluk itu dengan jaminan pematuhan terhadap langkah kawalan penyebaran senjata nuklear.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perjanjian ditandatangani oleh Setiausaha Tenaga AS Chris Wright dan Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman.
  • Kerjasama strategik bernilai berbilion dolar dijangka berlangsung beberapa dekad termasuk pembangunan tenaga dan usaha pencegahan penyebaran senjata nuklear.
  • Wall Street Journal melaporkan peruntukan mungkin membenarkan syarikat AS membina kemudahan pengayaan uranium di Arab Saudi.
  • Perjanjian dikemukakan kepada Kongres untuk semakan sementara ahli Kongres dan pegawai Israel menyuarakan kebimbangan kegunaan untuk senjata nuklear.

Jabatan Tenaga AS dalam satu kenyataan berkata, perjanjian berkenaan ditandatangani Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright dan Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman.

Menurut jabatan itu, kedua-dua perjanjian tersebut menjadi asas kepada kerjasama strategik bernilai berbilion dolar yang dijangka berlangsung selama beberapa dekad, termasuk dalam aspek pembangunan tenaga dan usaha mencegah penyebaran senjata nuklear.

Wall Street Journal melaporkan satu peruntukan dalam perjanjian itu berpotensi membolehkan syarikat AS membina kemudahan pengayaan uranium di Arab Saudi.

Bagaimanapun, Jabatan Tenaga AS tidak mengulas mengenai laporan berkenaan ketika diminta mendapatkan penjelasan oleh AFP.

Perjanjian itu akan dikemukakan kepada Kongres AS untuk semakan sebelum dilaksanakan.

Sebelum ini, beberapa anggota Kongres AS daripada kedua-dua parti serta pegawai Israel menyuarakan kebimbangan bahawa program nuklear awam Arab Saudi berpotensi digunakan bagi membangunkan senjata nuklear.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bagaimanapun berkata, Washington tidak akan memeterai sebarang perjanjian yang boleh meningkatkan risiko penyebaran senjata nuklear.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.