fb fb fb fb fb

Siasatan isu doping atlet Rusia 15 tahun sedang berjalan

FOTO AP

BEIJING, 10 Februari- Susulan isu doping membabitkan atlet luncur ais yang bertanding menggunakan tiket Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC), Kamila Valieva, 15 tahun yang dikesan sebelum temasya Olimpik Musim Sejuk, Beijing bermula.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggesa semua pihak bersabar dan memberi laluan kepada siasatan.

Media tempatan melaporkan, Valieva dikesan mengambil ubat terlarang semasa menyertai kejohanan Eropah bulan lalu.

Ubat yang dikesan adalah trimetazidine, yang digunakan untuk rawatan angina dan vertigo, menurut akhbar Kommersant.

Ia diharamkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia kerana boleh meningkatkan pengaliran darah dan membantu daya tahan.

Rusia memenangi pingat emas dalam acara berpasukan, sementara Amerika Syarikat (AS) meraih gangsa manakala gangsa milik Jepun.

Susulan kemelut berkenaan, cara penyampaian pingat tidak dapat dilaksanakan. -AFP

Media Baharu