fb fb fb fb fb

Piala Uber, skuad negara kecundang aksi awal

BANGKOK, 8 Mei- Skuad wanita negara bermula dengan langkah kiri apabila tewas 2-3 di tangan Denmark dalam aksi pertama Kumpulan C saingan Piala Uber di Bangkok, Thailand.

Kekalahan menyaksikan barisan pemain wanita negara berdepan tugas berat apabila wajib menang ke atas pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan kedua esok bagi menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir.

Terdahulu, Denmark mengutip mata pertama selepas perseorangan utama negara S Kisona tewas di tangan Mia Blichfeldt 14-21, 15-21.

Bagaimanapun, beregu nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila menyamakan kedudukan selepas menundukkan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen 21-19, 21-19.

Perseorangan kedua, Goh Jin Wei meletakkan Malaysia di depan menerusi kemenangan ke atas Line Christophersen 21-12, 11-21, 21-5.

Beregu kedua, Teoh Mei Xing-Anna Cheong yang diharapkan mampu menyumbang mata kemenangan awal gagal merealisasikannya apabila mereka tewas di tangan Alexandra Boje-Amalie Magelund 14-21, 10-21.

Pemain muda, Myisha Khairul yang turun selaku perseorangan ketiga negara gagal dalam usaha melakar kejutan apabila tunduk di tangan Line Hojemark Kjaersfeldt 12-21, 9-21.


(Pearly Tan-M Thinaah menyamakan kedudukan dengan menundukkan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen)

Media Baharu