fb fb fb fb fb

Nick Kyrgios jadi pemilik bersama South East Melbourne Phoenix

(FOTO IG @semelbphoenix)

MELBOURNE, 12 Januari- Bintang tenis Nick Kyrgios menjadi pemilik bersama kelab bola keranjang Australia South East Melbourne Phoenix pada Khamis.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang kini sedang bersiap sedia untuk Terbuka Australia minggu depan, mengakui telah lama meminati bola keranjang.

Kyrgios berkawan rapat dengan pemilik pasukan, Romie Chaudhari dan berkata dia sangat teruja untuk bekerjasama.

"Saya suka visi yang dia kongsikan dengan saya, dan saya dan pasukan saya sangat kagum dengan pencapaian kelab dalam tempoh yang singkat," kata warga Australia itu yang juga peminat tegar Boston Celtics.

"Saya tahu banyak yang boleh saya sumbangkan dalam kelab.

"Saya tidak sabar untuk turun ke South East Melbourne dan bertemu pasukan serta peminat serta bekerjasama dengan belia di bandar ini."

NBL dianggap sebagai salah satu liga bola keranjang terbaik di dunia selain NBA.

Pelaburan Kyrgios dalam Phoenix adalah usaha terbarunya dalam pemilikan pasukan sukan.-AFP


(FOTO IG @semelbphoenix)

Media Baharu