LONDON, 7 Mei- Manchester United berisiko untuk gagal melayakkan diri ke Liga Eropah musim depan.
Peluang itu dilihat samar selepas skuad The Red Devils dibelasah Crystal Palace 0-4, awal pagi tadi sekali gus terjunam ke kedudukan kelapan liga.
Dalam aksi di Selhurst Park, Michael Olise menyumbat dua gol, masing-masing pada minit ke-12 dan 66.
Dua lagi gol diledak Jean-Philippe Mateta dan Tyrick Mitchell pada minit ke 40 dan 58.
Meskipun United lebih menguasai permainan, namun pasukan pelawat buntu untuk mencari jaringan sehingga ke wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan kebangkitan skuad Eagles sejak pelantikan Oliver Glasner sebagai pengendali.
Kegagalan Erik ten Hag membangkitkan pasukan untuk musim kedua pengendaliannya dilihat sebagai masa terbaik kelab untuk menukar jurulatih di Old Trafford, telah tiba.
United hanya sekali sahaja tidak menyertai saingan Eropah, sejak musim 1989/1990.
United kini menghuni tangga kelapan liga dengan 54 mata manakala Crystal Palace mengutip 43 mata di kedudukan ke-14.- AFP