Bot migran karam di perairan Senegal, 21 maut

Perairan Senegal antara yang sering menjadi tumpuan bot migran yang menuju ke Eropah dan Afrika./ AFP

DAKAR, 8 Novermber – Sekurang-kurangnya 21 orang maut selepas sebuah bot yang membawa migran karam di perairan barat laut Senegal, dalam insiden terbaharu membabitkan laluan berbahaya di Lautan Atlantik yang digunakan untuk menuju ke Eropah dari Afrika.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian: hanya seorang mangsa berjaya diselamatkan, manakala mayat ditemukan setakat ini.
  • Jumlah korban masih bersifat sementara, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
  • Pihak berkuasa memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa.
  • Laporan media tempatan: bot terbalik berhampiran bukit pasir Loumpoul, di daerah Kebemer antara Dakar dan Saint-Louis.

Kementerian Dalam Negeri Senegal dalam satu kenyataan memaklumkan hanya seorang mangsa berjaya diselamatkan, manakala 21 mayat ditemukan setakat ini.

Menurut kementerian itu, jumlah korban masih bersifat sementara sehingga lewat Sabtu, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Pihak berkuasa turut membantu keluarga mangsa yang terlibat.

Laporan media tempatan menyebut bot berkenaan terbalik pada Sabtu berhampiran kawasan bukit pasir Loumpoul, di daerah Kebemer, antara Dakar dengan bandar Saint-Louis di utara Senegal. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.