fb fb fb fb fb

KL FC benam Sabah 2-0

KUALA LUMPUR, 17 April- Kuala Lumpur (KL) City FC menewaskan Sabah FC 2-0 malam tadi.

Ia sekali gus mencalar rekod tanpa kalah pelawat dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Sabah FC nyaris di depan pada minit ke-14 namun rembatan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dinafikan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.

Penyerang import KL City FC Romel Morales akhirnya berjaya menemui sentuhan penyudahnya musim ini melalui tandukan kemas menggegar jaring bagi memimpin perlawanan 1-0.

(Aksi KLFC menentang Sabah FC malam tadi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras/ Facebook MFL)

Pasukan pelawat meningkatkan tempo permainan di babak kedua dan hampir menjaringkan gol penyamaan namun tandukan Baddrol sedikit tersasar.

‘Sang Badak’ terus buntu apabila Kevin bertindak cemerlang menggagalkan beberapa percubaan berbahaya.

Romel terus menjadi duri dalam daging buat anak buah Ketua Jurulatih Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, apabila sekali lagi mudah menolak masuk jaringan kedua dua minit sebelum tamat perlawanan bagi mematikan tiga mata penuh di laman sendiri.

Media Baharu