fb fb fb fb fb

JDT 2 benam PDRM FC 5-1, ungguli carta Liga Premier

JOHOR BAHRU, 8 Mei- Johor Darul Takzim, (JDT 2) mencatatkan kemenangan ke-6 berturut-turut sekali gus melonjak ke tangga teratas liga selepas membenam PDRM FC, 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi.

Bagaimanapun aksi separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan kedua-duanya gagal menghasilkan sebarang gol.

Gol pembukaan tuan rumah muncul pada awal babak kedua, menerusi Bieveindo Morejon Maranon.

Gol pelawat bolos kali kedua pada minit ke-54 hasil jaringan Mohamed Syamer Kutty Abba.


(Pemain JDT 2 , Syamer Kutty Abba meraikan jaringan menentang PDRM FC/FB JDT)

Pada minit ke 65, Fernando Rodriguez Ortega menambah gol ketiga JDT 2.

Turut menempa nama selaku penjaring malam tadi ialah Gabriel Nistelrooy Tamin pada minit ke-68.

Gol pertama PDRM FC pula terhasil pada minit ke-72 hasil sepakan percuma, Martin Adamec.

Bieveindo Maranon sekali lagi melengkapkan malam bergaya JDT 2 apabila menghasilkan gol kelima, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Sementara itu, UiTM FC masih gagal mencipta sebarang kemenangan dalam kancah Liga Premier apabila tewas di tempat sendiri setelah dikalahkan Kuching City FC, 0-2.

Pasukan pelawat memperoleh gol pada minit ke-24 melalui jaringan Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman.

Kuching terus menguasai padang apabila pemain gantiannya Amir Amri Salleh meledak gol kedua pada saat-saat akhir lima minit masa tambahan perlawanan.

Media Baharu