KOTA KINABALU, 24 November - Sabah menamatkan rekod kekalahan selepas berjaya mengalahkan Penang FC, 3-2 di Stadium Likas di sini.
Ini merupakan kemenangan pertama Sabah FC dalam saingan ke-9 Liga Super.
Sabah bermula cemas apabila Penang FC terlebih dahulu menguasai permainan menerusi jaringan daripada Dylan Wenzel-Halls, pada minit ke-16.
Pada minit ke-22, Skuad Sang Badak tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang apabila Adjin Mujagić meledak gol pada minit ke-22.
Namun, kesilapan kubu pertahanan Sabah, Penang FC berjaya mendahului semula menerusi jaringan Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-39 dan menjadikan kedudukan 2–1 sebelum ke bilik persalinan.
Memasuki babak kedua, dengan permainan berintensiti tinggi dan ditonjolkan Sabah FC membuahkan hasil apabila Jafri Firdaus menyamakan kedudukan pada minit ke- 70.
Dalam masa sama, Ketua Juratih Penang FC Wan Rohaimi Wan Ismail menegaskan faktor kelekaan ketika bertahan menjadi punca utama skuadnya dihukum dalam perlawanan malam ini.
Pasukannya sering berdepan situasi sama ketika beraksi di beberapa venue sebelum ini, apabila gol yang dibolosi banyak berpunca daripada set-piece lawan.
"Pada malam ini kita menjaringkan dua gol tetapi di belakang ada sedikit kelonggaran terhadap kelebihan yang dihukum, saya nampak skuad bangkit. Namun sehingga tamat permainan tiada penjaringan. Pemain perlu banyak pelajari terutama dari segi organisasi ketika bertahan," kata Wan Rohaimi.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean Paul de Marigny, berpuas hati dengan reaksi pemain yang menunjukkan karakter dan keinginan tinggi untuk bangkit dalam perlawanan malam tadi.
Namun beberapa kelemahan di bahagian pertahanan membuka ruang mudah kepada lawan untuk menjaringkan gol.
"Meskipun berdepan tekanan, para pemain kembali memberikan respons positif pada separuh masa kedua dengan gerakan yang lebih tersusun dan kemas," katanya.
Tambahnya, berhubung isu ketiadaan penyokong di stadium pada perlawanan kedua Separuh Akhir Piala FA menentang Selangor pada 30 November ini, beliau menyifatkannya sebagai sesuatu yang mengecewakan, namun menjelaskan bahawa keputusan itu sebahagian daripada peraturan yang perlu dipatuhi.
Katanya, pasukan Sabah tetap akan berusaha memberi persembahan terbaik sebagai penghormatan kepada penyokong, dengan harapan mereka dapat kembali memberikan sokongan pada aksi akan datang.