fb fb fb fb fb

China janjikan temasya Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang cemerlang

BEIJING, 22 Februari- Lebih 1,900 daripada 2,300 atlet dan pegawai yang menetap di Perkampungan Olimpik Musim Sejuk bandar Zhangjiakou berlepas pulang ke negara masing-masing pada semalam.

Menurut Ketua Operasi Venue, Jia Kai, baki sekitar 400 lagi akan meninggalkan kawasan perkampungan itu pada esok dan selepas ini akan beralih tumpuan kepada persiapan rapi untuk Paralimpik Musim Sejuk.

Papan tanda mengenai Paralimpik Musim Sejuk telah dipasang. Sementara itu, pusat membaiki kerusi roda dan kaki palsu atlet yang terletak di kampung itu akan mula beroperasi pada esok.

Bagi menjamin temasya berjalan lancar, pihak pengurusan acara juga sedang giat menjalankan latihan, di samping melaksanakan kerja-kerja penukaran perkakasan menjadi mesra orang kurang upaya (OKU).

Jia berkata, kerja-kerja mengenai perkhidmatan Paralimpik Musim Sejuk akan dijalankan mengikut standard 'Dua Olimpik Musim Sejuk, sama-sama cemerlang'.

Beliau memberitahu pihaknya komited memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada atlet Paralimpik kali ini.

Perkampungan Paralimpik Musim Sejuk Zhangjiakou dijadual dirasmikan pada Jumaat ini dan bakal menyambut kedatangan lebih 700 atlet serta pegawai. -BERNAMA

Media Baharu