fb fb fb fb fb

Arab Saudi pembida tunggal Piala Dunia 2034

(Dari kanan) Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, Presiden FIFA, Gianni Infantino, Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz Turki al-Faisal dan penyerang Al-Nassr, Christiano Ronaldo menghadiri pelancaran Piala Dunia E-sport di Riyadh pada Oktober lalu/SPA/AFP

LAUSANNE, 1 November- Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2034 selepas negara itu adalah satu-satunya pembida untuk kejohanan berkenaan.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan, keputusan tersebut akan disahkan secara rasmi pada akhir tahun depan.

Arab Saudi menyatakan minat mereka pada 4 Oktober lalu selepas FIFA mengumumkan hanya pembida dari Asia dan Oceania sahaja akan dipertimbangkan untuk edisi 2034.

Tawaran tersebut dibuat selepas setahun negara jiran, Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama bagi Timur Tengah.

Terdahulu, FIFA turut mengumumkan tuan rumah edisi 2030 yang dikongsi oleh enam negara.

Sepanyol, Maghribi dan Portugal akan menjadi tuan rumah utama, tetapi sebagai ulangtahun ke-100 kejohanan, Uruguay, Paraguay dan Argentina akan menganjurkan perlawanan-perlawanan pembukaan.

Arab Saudi pada awalnya mahu membida untuk edisi 2030 membabitkan Greece, Mesir dan Arab Saudi, tetapi rancangan itu dibatalkan dan mensasarkan untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2034. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA