PKR perlu jadikan kongres medan muhasabah, perkukuh agenda Reformasi

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-19 perlu dijadikan medan muhasabah untuk menilai pencapaian parti serta memperteguh langkah meneruskan agenda Reformasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gunakan kongres sebagai medan muhasabah menilai pencapaian parti dan memperkukuh agenda Reformasi.
  • PKR bukan sekadar wadah untuk memenangi pilihan raya tetapi gerakan massa yang menjunjung integriti, keadilan sosial, perpaduan dan amanah rakyat.
  • Kongres menghimpunkan perwakilan dengan tema "Memugar Reformasi, Membina MADANI" bagi membina Malaysia lebih bermaruah, makmur dan adil.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bukan sekadar wadah untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya sebuah gerakan massa yang menjunjung integriti, keadilan sosial, perpaduan dan amanah rakyat.

“Langkah itu demi membina Malaysia yang lebih bermaruah, makmur dan adil untuk semua.

“Semoga Allah SWT memberkati segala ikhtiar kita untuk pertiwi tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kongres Nasional Tahunan PKR dijadual berlangsung pada 15 hingga 16 Ogos ini di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Kongres berkenaan menghimpunkan para perwakilan dan pemerhati dengan tema “Memugar Reformasi, Membina MADANI”.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.