fb fb fb fb fb

Calon, parti politik PRK DUN Sungai Bakap diingatkan tidak langgar undang-undang - SPRM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan agar semua yang terlibat dalam PRK DUN Sungai Bakap mematuhi peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Dalam pada itu, SPRM turut melancarkan bilik gerakan pilihan raya bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

“Bilik gerakan yang beroperasi 24 jam mulai 22 Jun hingga 6 Julai 2024 itu akan ditempatkan di dua lokasi iaitu di SPRM Pulau Pinang dan di SPRM Cawangan Seberang Perai,” katanya hari ini.

Susulan itu, orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi talian 04-2299262 sambungan 1107.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini, manakala 5 Julai ialah hari mengundi.

ARTIKEL BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN