fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Peluang seimbang, faktor anak tempatan jadi kelebihan untuk kedua-dua calon

Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mujibu Abd Muis

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Faktor kekuatan calon menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap.

Latar belakang sebagai anak tempatan menjadi kelebihan untuk kedua-dua calon dalam menyakinkan pengundi seterusnya memilih mereka pada 6 Julai nanti.

Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mujibu Abd Muis berpandangan kedua dua calon juga dilihat mempunyai peluang seimbang untuk memenangi PRK itu.

"Namun begitu keseimbangan ini barangkali akan ditentukan pemenangnya berdasarkan beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan antaranya kualiti calon, isu-isu yang melatari kempen, kekuatan jentera dan sejauh mana parti-parti yang memiliki kekuatan akar umbi di kawasan itu akan mampu mengeluarkan sebanyak mungkin pengundi-pengundi mereka untuk menyumbang kepada calon masing-masing," katanya ketika dihubungi berita RTM.

PRK N.20 Sungai Bakap menyaksikan saingan 'satu lawan satu' antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

PH mempertaruhkan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, manakala PN meletakkan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN