KOTA KINABALU, 30 November - Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan berkenaan akan disembah maklum kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
"Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 bagi 73 kerusi DUN yang telah dipertandingkan oleh calon-calon dari parti-parti politik serta calon bebas selepas pengundian yang telah dijalankan pada 29 November 2025.
"Sehingga pukul 2.05 pagi tadi 30 November 2025 keputusan rasmi yang mengikut masa berkala diperoleh oleh calon yang mewakili parti-parti politik dan calon bebas adalah seperti berikut, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh 29 kerusi.
"Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan 25 kerusi DUN, Barisan Nasional (BN) (6), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (3), Bebas (5), Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah), Pakatan Harapan (PH) (1), Perikatan Nasional (PN) (1) manakala Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di sini.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri ialah 37 kerusi. PRN kali ini menyaksikan 64.35 peratus atau 1.14 juta orang telah keluar untuk memilih wakil rakyat masing-masing, bagi 73 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Sabah ke-17.