KOTA KINABALU, 30 November - Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ahli Parlimen Kimanis itu, yang membuat percubaan semula selepas kekalahan pada 2018, tidak berjaya menandingi penyandang kerusi berkenaan, Dr Daud Yusof daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Daud mengekalkan penguasaan di Bongawan dengan majoriti 938 undi dalam saingan sembilan penjuru.
Turut tersisih dalam persaingan merebut kerusi berkenaan ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman, yang juga bekas Menteri Luar.