fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Lebih 600 pegawai, anggota PDRM pastikan kelancaran proses penamaan calon

Jurucakap Polis Pulau Pinang bagi PRK Sungai Bakap, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Puspanathan Wiresingam

NIBONG TEBAL, 22 Jun - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, di sini berjalan lancar dengan kawalan lebih 600 pegawai dan anggota polis.

Jurucakap Polis Pulau Pinang bagi PRK Sungai Bakap, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Puspanathan Wiresingam berkata kesemua pegawai dan anggota di tempatkan di sekitar kawasan pusat penamaan itu bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dalam suasana yang aman tanpa sebarang gangguan.

"Pihak polis amat berpuas hati dengan kerjasama daripada parti-parti calon, perbincangan mengenai penugasan anggota telah kita lakukan sejak kekosongan kerusi DUN ini bersama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga pihak-pihak lain yang terlibat," katanya kepada pemberita ketika meninjau proses penamaan calon bagi PRK N.20 Sungai Bakap, di sini.

Tiga laluan utama ke dewan berkenaan telah ditutup bagi memudahkan pergerakan calon dan penyokong.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN