fb fb fb fb fb

Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah

Fahmi Fadzil/Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL, 22 Jun- Kempen kedua-dua calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap diharap berjalan secara berhemah, demikian tegas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan calon dan penyokong kedua-dua pihak agar sentiasa menjaga adab sepanjang tempoh berkempen.

"Saya ada bertemu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang memaklumkan kepada saya bahawa beliau dan calon Perikatan Nasional (PN) setuju untuk tidak menyerang dari segi peribadi semasa berkempen.

"Kita mahu pertandingan yang sihat dan beradab di antara calon-calon serta yang lain (penyokong)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada peserta Bengkel Asas Media Sosial anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional di sini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Ketua Bahagian Infrastruktur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya.

Fahmi berkata, kerjasama dengan pihak finas merupakan julung kali diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Pihak-pihak lain termasuk bdan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan memanfaatkan NADI untuk program penyebaran maklumat kepada masayarakt setempat.

Bekenaan penggunaan aplikasi TikTok semasa berkempen, Fahmi mahu pengguna memanfaatkan kelebihan itu selain terus berwaspada dalam menggunakan sebarang aplikasi media sosial.

"Saya amat mengalu-alukan usaha seperti ini kerana kita lihat banyak kelebihan menerusi media sosial tetapi pada masa sama ada juga keburukan yang harus kita waspada," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI