fb fb fb fb fb

SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Sungai Bakap

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan pilihan raya bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Dalam kenyataan hari ini SPRM memaklumkan bilik gerakan berkenaan beroperasi di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang dan di pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai.

"Bilik gerakan ini beroperasi 24 jam hingga 6 Julai. Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi talian 04-2299262 sambungan 1107,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utar,a Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini, manakala 6 Julai ialah hari mengundi.

ZEHRA BINTI ZAMBRI