fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Pentas pertarungan dibuka esok

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap buka tirai secara rasminya esok.

Proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi di mana setiap bakal calon diberi tempoh sejam bermula pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum senarai mereka yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Ikuti laporan wartawan Syarmila Rastam.

SITI AISHAH MD ISA