fb fb fb fb fb

Penamaan Calon PRK Sungai Bakap: Tiga jalan utama ditutup

Foto hiasan/Foto RTM

SEBERANG PERAI, 20 Jun-Sebanyak tiga jalan utama akan ditutup sempena hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 22 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Chong Boo Khim berkata, penutupan sementara itu bermula 21 Jun jam 11.59 malam sehingga 3 petang pada 22 Jun.

Menurutnya, ia membabitkan Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya (JKR) SPS.

“ Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin serta mengenal pasti laluan-laluan yang akan ditutp serta menggunakan laluan alternatif agar tidak terperangkap dalam kesesakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian Nor Zamri atau lebih dikenali sebagai YB Abang Zam pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD